Saturday, 2 August 2025

KEISTIMEWAAN DURIAN MONTHONG

 
Baka monthong berasal dari Thailand. Di Malaysia ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 30 Jun 1987 dengan nombor pendaftaran D159. Baka ini turut dikenali dengan nama batang mas dan bantal mas.
 
Batang mas jenis pokok rendah dan mula berbuah selepas tiga atau empat tahun ditanam.Terkenal di kawasan kawasan utara Semenanjung.
 
Pokok sederhana besar, senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 60-100 biji semusim. Tempoh matang buah di antara 130-140 hari selepas bunga kembang.
 
Baka ini dikategorikan sangat produktif. Selain mempunyai kelebihan dari segi kekerapan berbuah, bilangan buah yang banyak hampir konsisten setiap tahun.
 
Durian Monthong terkenal dengan saiz buah yang besar. Kebiasanya antara 2 hingga 5 kilogram sebiji. Isi buahnya tebal, berwarna kuning keemasan dan mempunyai biji yang kesep.
 
Baka monthong mempunyai rasa manis yang sederhana, bau tidak terlalu kuat dan tekstur isi yang halus. Selain boleh dimakan segar, tekstur isi yang halus menjadikannya pilihan utama untuk produk hiliran seperti aiskrim durian, mochi, kek durian dan lain- lain.

No comments:

Post a Comment