Thursday, 12 November 2026

SEJARAH DINAMAKAN "TAIPING"

 
Sejarah dinamakan "Taiping".

Sejarah bandar Taiping bermula dengan nama Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Manakala pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Klian Pauh bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah pada tahun 1877. 

Petempatan di Klian Pauh pada asalnya didiami sebilangan orang Melayu, telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Aktiviti melombong biji timah berkembang pesat dan memberi kemakmuran kepada penghuni Klian Pauh.

Namun, perebutan kawasan melombong timah dan jalan air, telah menyebabkan berlakunya Perang Larut yang berlaku dari 1861 sehingga 1874. Perang tersebut berlaku bukan sepanjang tempoh tersebut, tetapi sebanyak empat kali dalam tempoh masa singkat setiap kali berlaku disebabkan punca berbeza.

Perang Larut berakhir dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, yang menjadi titik penamat kepada konflik perebutan lombong bijih timah dan krisis takhta Perak, sekaligus memulakan era campur tangan langsung British di Tanah Melayu.

Melalui Perjanjian Pangkor, pihak yang terlibat sepanjang Perang Larut sepakat untuk berdamai. Mereka ingin keadaan di Klian Pauh aman selamanya.

Perkataan "aman selamanya" dalam perkataan Cina disebut "Tai-Peng". Dengan harapan kawasan itu aman selamanya, maka ia dikenali atau disebut dalam bahasa Melayu sebagai "Taiping:.

Sebutan atau nama Taiping kemudiannya menggantikan nama Klian Pauh yang dalam catatan sejarah bermula pada 1874 dan dijadikan tahun bermulanya penubuhan bandar Taiping. Pada tahun 2024, Taiping menyambut ulang tahun penubuhan ke-150.

Keadaan aman tanpa peperangan membawa kemakmuran yang lebih kepada Taiping sehingga menjadi pusat pemerintahan negeri Perak. Taiping menjadi ibu negeri Perak bermula 1880-an sehingga 1937.

Cadangan perpindahan ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Hugh Charles Clifford pada tahun 1927 ketika mesyuarat Majlis Persekutuan.

Namun selepas cadangan itu dibuat, tiada tindakan besar dilakukan selama hampir 10 tahun sehingga akhirnya pada tahun 1937 proses perpindahan mula dirancang secara serius.

Penduduk Taiping pada waktu itu bangkit membuat bantahan kerana mereka merasakan bandar Taiping lebih layak dikekalkan sebagai ibu negeri Perak.

Mereka berhujah bahawa Taiping mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, masyarakat berbilang kaum yang hidup aman damai serta kedudukan strategik yang menjadikan bandar itu sangat penting kepada negeri Perak.

Bantahan demi bantahan disuarakan melalui akhbar tempatan seperti Taiping Weekly Record, namun semuanya gagal mengubah keputusan pihak British.

Biarpun ibu negeri Perak dipindahkan ke Ipoh, kemajuan ekonomi dan sosial terus berkembang di Taiping.

Taiping tetap unggul sehingga sekarang dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan.

Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar di Perak selepas Banda Raya Ipoh.

No comments:

Post a Comment