Saturday, 10 February 2018

TIDAK WAJIB PAKAI JUBAH ABAYA

Wanita Arab Saudi tidak wajib memakai 'abaya' atau jubah sebaliknya perlu berpakaian sopan, kata salah seorang anggota Majlis Sarjana Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

Kenyataan Sheikh Abdullah itu dilihat salah satu isyarat terhadap usaha Arab Saudi ke arah pemodenan.

"Lebih 90 peratus wanita Islam yang alim di dunia Islam tidak memakai abaya justeru kita tidak seharusnya memaksa mereka memakai pakaian ini,’’ kata beliau menerusi sebuah rancangan televisyen.

Walaupun kenyataan beliau bukan bertujuan menukar undang-undang namun dilihat sebagai yang pertama seumpamanya daripada tokoh agama terkenal.

No comments:

Post a Comment