Wednesday, 7 February 2018

POTONG KUKU ELAK KUMAN MELEKAT

Tangan dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini.

Pekerja buruh atau yang melibatkan persekitaran kotor amat penting menjaga kebersihan kuku. Langkah terbaik ialah potong kuku untuk mengelakkan kuman dan kotoran terlekat dicelah kuku yang panjang.

Kotoran yang melekat di celah kuku atau tahi kuku menyimpan banyak bakteria yang tersebar ketika memegang bahan kotor. Bakteria itu akan terlekat di makanan dan seterusnya masuk ke mulut semasa kita menyuap makanan.

Amalkan membasuh tanggap sebelum makan, terutama selepas melakukan aktiviti yang terdedah kepada kekotoran.

Amat penting memotong kuku setiap minggu. Dalam ajaran Islam, disarankan atau disunatkan memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Kuku yang tidak dipotong bukan sahaja menyimpan kotoran dan kuman, tetapi juga menyukarkan untuk melakukan kerja. Jadi, mengapa perlu menyimpan kuku panjang? 

No comments:

Post a Comment