Sebahagian
ahli ekonomi merumuskan GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan
negara dan membawa keutuhan kepada pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki
kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja
melepaskan diri daripada membayar cukai.
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Ke-106 yang
bersidang pada 21-22 Oktober 2014 bersetuju memutuskan bahawa Islam
mengharuskan pemerintah atau ulul amri mengutip cukai seperti GST selagi
terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.
Biarpun
GST melibatkan semua peringkat golongan termasuk miskin, tumpuan kutipan GST kepada
golongan berada. Kebanyakan barang dan perkhidmatan keperluan asas dikecualikan
GST.
Golongan
miskin sebenarnya tidak banyak membayar GST. Penyumbang utama kutipan GST melibatkan
golongan kaya yang menjadi majoriti pengguna barang dan perkhidmatan yang dikenakan
GST.
Kutipan
GST memberi pendapatan kepada negara. Hasil itu digunakan kerajaan untuk membangunkan negara dan memberi
bantuan kepada yang layak.
Inilah
faktor penting yang dianjurkan Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam
masyarakat dan saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat bersama
membangunkan negara.
Masyarakat
didirikan atas dasar berkenaan seperti firman Allah SWT mafhumnya: "Dan
tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah
kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan." (Surah
al-Maidah, ayat 2).
Ringkasnya
Islam tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan yang semestinya dicapai,
diurus, ditadbir dan dimanfaatkan berlandaskan batas hukum yang dibenarkan.
Firman-Nya
yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta di antara
kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu
kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang
lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 188).
Objektif
utama pelaksanaannya ialah untuk mengukuhkan punca kewangan negara dan akhirnya
memastikan pembangunan yang lebih efektif untuk kemajuan negara dan kebaikan
rakyat.
No comments:
Post a Comment