Al-Quran
kitab suci bagi umat Islam dijamin tidak diubah dan kekal sehingga ke hari kiamat. Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan dan
kelebihan yang terdapat dalam al-Quran. Kitab suci itu adalah petunjuk bagi
semua umat manusia daripada segala kesesatan. Al-Quran juga menjadi penyuluh
daripada sebarang kegelapan.
Al-Quran
adalah pelengkap kepada kitab-kitab terdahulu yang pernah diturunkan kepada
para nabi dan rasul sebelum Rasulullah. Taurat
diturunkan kepada Nabi Musa, Zabur diturunkan kepada Nabi Daud dan Injil kepada
Nabi Isa.
Bagaimanapun
keaslian kitab-kitab tersebut seperti Injil dirosakkan serta dicemar oleh
pindaan yang dilakukan oleh manusia berkepentingan hingga wujud beberapa versi.
Sesungguhnya, Al-Quran kitab
agung yang tiada tandingan. Sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad, al-Quran
terpelihara keasliannya dan terselamat pengajarannya daripada sebarang
perubahan, pindahan dan tokok tambah.
Biarpun ada pihak cuba melakukan khianat
terhadap al-Quran, namun usaha itu tidak berjaya. Pindaan dan tokok tambah yang
dilakukan segera disedari oleh umat Islam dan segera menghapuskan kepalsuan
yang cuba dicipta oleh musuh Islam itu.
Al-Quran
tidak pernah diubah walaupun satu titik huruf kerana Allah telah memberi
jaminan untuk memeliharanya.
Firman
Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)
Keaslian
al-Quran tetap terpelihara dan kekal sehingga akhirat meskipun penurunannya
telah berlaku sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Inilah hebatnya al-Quran.
Al-Quran adalah kalam Allah yang tiada tandingannya.
Firman
Allah yang bermaksud; “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang
salah.” (Al-Baqarah: 185)
Mungkin
ramai yang tidak sedar bahawa al-Quran mampu menolong kita sebaik sahaja
meninggalkan alam yang fana ini. Pada masa itu tiada apa yang dapat membantu
kita kecuali amal ibadat yang dilakukan sepanjang hidup kita di dunia ini
termasuk membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment