Kajian
Pusat Kesihatan Seksual Asia (PAKSA) yang berpangkalan di Hong Kong pula
merumuskan bahawa 1 dari 3 lelaki dewasa di Asia mengalami tahap pertama
masalah kesihatan seksual lelaki iaitu ejakulasi pra matang (Pre mature
ejaculation).
Bermula
dengan ‘gejala kecil’ ini akan menyusul pula masalah kegagalan ereksi penuh,
yang akan membawa kemungkinan disfungsi total atau mati pucuk.
Satu kajian oleh sebuah institusi tempatan menganggarkan tidak kurang 1.6 juta
lelaki Melayu mengalami satu dari tiga gejala seksual lelaki iaitu ejakulasi
pra matang, ereksi tidak penuh dan mati pucuk.
Justeru,
lelaki perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya
hidup sihat.
Pengambilan
makanan seimbang dan melakukan riadah adalah antara cara untuk menjaga
kesihatan. Ia bukan sahaja untuk menjaga kesihatan seksual, tetapi juga penting
untuk mengelak mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi,
jantung dan sebagainya.
Gambar: Minum kopi baik untuk kesihatan lelaki.
No comments:
Post a Comment