Kemiskinan
adalah penyakit sosial yang perlu diperangi untuk membasminya agar tidak terus
menjadi virus yang boleh merosakkan masyarakat. Ia umpama bom jangka yang boleh
memusnahkan sosial, politik, ekonomi dan keselamatan negara.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
itu hingga mereka sendiri mengubahnya." (Surah ar-Rad, ayat 11).
Mencari
kekayaan dan kemewahan hidup adalah satu tuntutan dalam Islam. Kekayaan dapat
digunakan untuk menyempurnakan keperluan hidupnya dan membantu sesama Islam.
Individu Muslim yang kaya dapat berjihad menggunakan harta yang dapat membantu
menegakkan ajaran Islam.
Sebab
itu agama Islam amat menuntut agar dalam sesuatu masyarakat dilahirkan lebih
banyak individu yang kaya. Meraka dapat memajukan masyarakat dengan menyediakan
peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Perbelanjaan golongan
kaya akan menjana ekonomi masyarakat secara gandaan.
Selain
itu, mekanisma zakat, sedekah dan harta wakaf turut memberi sumbangan besar
kepada pengagihan kekayaan sesama umat Islam. Jika mekanisma ini dilaksanakan
sepenuhnya, jurang perbezaan taraf kehidupan antara golongan kaya dengan miskin
dapat dikecilkan.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan
zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan." (Surah at-Taubah, ayat 103).
Pada
masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, individu kaya yang tidak mengeluarkan
zakat diperangi habis-habisan. Ia bukan bermaksud merampas harta orang kaya,
tetapi mengambil hak yang sepatutnya diserahkan kepada yang berhak
menerimanya.
Adalah
lebih baik kita menyerah zakat, maupun sedekah, dengan rasa rela dan memantuhi
perintah Allah. Cara demikian akan meningkatkan rasa ketakwaan dan kesempurnaan
iman. Keikhlasan amat penting kerana sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa
yang dilakukan dan memberi balasan yang setimpal.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali dikira mencapai kebaktian
(yang sempurna) sehingga kamu membelanjakan sebahagian daripada harta yang kamu
cintai. Dan apa saja yang kamu belanjakan, sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 92).
No comments:
Post a Comment