Pasar Terapung Sri Tanjung, Pulau Renjuna, Tumpat, Kelantan akan mengadakan
program khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022 @ Rabu. Operasi pasar terapung akan berlangsung sepertimana pada hari Jumaat iaitu 08.00 pagi hingga 05.00
petang.
Pada hari tersebut, selain aktiviti tetap
pasar terapung, turut diadakan program sukaneka dan acara-acara lain.
Antara acara-acara menarik ialah:
- Mewarna untuk kanak-kanak 10-12 tahun (peralatan
mewarna disediakan)
- Kukur buah kelapa. Terbuka kepada lelaki
dan wanita dewasa
- Lari dalam guni
(berpasangan/keluarga/suami isteri)
- Sambut kasih (suami isteri)
- Tarik tali terbuka (lelaki sahaja)
- Cabutan bertuah (peserta yang terlibat)
- Cabutan bertuah untuk pengunjung (tiket
masuk)
- Persembahan dikir barat
- dan lain-lain
Untuk maklumat lanjut hubungi: 017-9746119
(Mazlan)
No comments:
Post a Comment