
Colek atau asam putik nangka. Tentu generasi sekarang tidak pernah merasainya. Bunyi nama colek putik nangka pun rasa pelik. Persoalan pertama ialah boleh makan ke? Tidak takut kena getah ke?
Kepada mereka yang pernah merasanya
mengakui satu pengalaman pada masa dahulu. Masa kanak-kanak ketika tinggal di
kampung.
Ketika itu bukan sahaja putik nangka yang
dijadikan bahan makanan. Turut dijadikan campuran atau dimakan berasingan ialah
buah jambu batu yang banyak biji, mempelam, belimbing, cermai, nanas dan
buah-buahan lain yang masih muda digaul sebagai rojak yang rasa masam, manis,
kelat, pedas semua ada apabila dicampur dengan gula, kicap, garam dan cuka
dengan ditambah pula cili api dan belacan.
Makanan tersebut sebenarnya bukan sedap
sangat pun, namun itulah makanan yang ada pada ketika itu. Buah putik atau
masih muda memang rasa masam dan kelat, tetapi tidak sabar nak tunggu masak,
maka ketika muda itulah terus dimakan. Lebih-lebih lagi apabila buah putik ada
yang gugur, membazir jika tidak dimanfaatkan.
Putik nangka juga dikatakan mujarab
digunakan bila cirit-birit. Ia juga digunakan untuk menghilangkan penyakit
gatal dan kayap.
No comments:
Post a Comment