
Ko Phi Phi sebuah pulau di Krabi, Thailand.
Dahulunya ia merupakan sebahagian negeri Kedah. Namanya diambil dari bakau
api-api dan pulau ini dahulunya merupakan kebun kelapa di permatangnya.
Penduduk asal pulau ini adalah orang Melayu
beragama Islam dan masih mengekalkan nama dan agama Islam mereka. Namun, kajian
pada tahun 2010 mendapati sebahagian mereka tetapi tidak lagi mampu lagi untuk
berbahasa Melayu.
Kemudian, setelah dilakukan proses jati
diri dan memperkasakan semula penggunaan bahasa Melayu, sebahagian besar
penduduk berbangsa Melayu telah menguasai semula bahasa Melayu warisan nenek
moyang mereka.
Penguasaan bahasa Melayu di kalangan
penduduk Pulau Ko Phi Phi bukan sahaja menjadikan mereka ‘kembali’ kepada
identiti bangsa Melayu, tetapi juga menjadikan pulau itu mampu menarik lebih
banyak pelancong dari Malaysia.
Kawasan pulau itu mula mendapat perhatian
pengunjung antarabangsa apabila penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo
Decaprio dibuat di sebuah teluk batu kapur berpantai cantik di Ko Phi Phi Ley.
No comments:
Post a Comment