Wednesday 11 January 2023

PERANAN SULTAN KELANTAN SEBAR ISLAM

 
Golongan pemerintah atau pihak istana telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan agama Islam di Kelantan. Kelantan menjadi pusat perkembangan Islam di Nusantara dan diberi jolokan ‘Serambi Makkah’ yang kekal sehingga sekarang. Dengan restu dan sokongan pihak istana, usaha pengambangan ajaran Islam berjalan dengan lancar.
 
Dinasti Long Yunus yang diasaskan oleh Long Yunus (1775 - 1794) telah menjadikan hukum Islam sebagai teras pentadbiran. Golongan ulama dilantik menjadi penasihat kepada pihak istana dalam soal berkaitan hukum agama dan pentadbiran.
 
Pada zaman pemerintahan Long Yunus, telah lahir seorang ulama terkenal iaitu Tuan Sheikh Haji Ab. Halim. Beliau menjadi penasihat kepada pihak istana dan mengadakan kelas pengajian agama di istana untuk kerabat diraja dan pembesar negeri.
 
Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800 - 1835), Sheikh Haji Ab Halim telah dilantik sebagai penasihat khas baginda. Atas nasihat beliau, Sultan Muhammad I telah mengarahkan membina banyak masjid, surau dan wakaf untuk tempat beribadat dan kemudahan persinggahan.
 
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (1839 - 1886), syiar Islam lebih berkembang pesat di Kelantan. Baginda telah melantik lebih ramai pegawai agama bagi menguruskan soal-soal keagamaan. Di setiap mukim dan kampung dilantik imam dan bilal untuk mengendalikan hal-ehwal agama.
 
Pada masa pemerintahan baginda, Masjid Kota Bharu telah didirikan pada tahun 1867 bagi menggantikan masjid lama. Masjid Kota Bharu kemudiannya muncul sebagai pusat pengajian dan keilmuan terpenting di Kelantan dan seluruh Nusantara.
 
Masjid Kota Bharu kini dikenali Masjid Muhammadi.

No comments:

Post a Comment