Wednesday, 22 January 2025

PROGRAM LANJUTAN HAYAT PERKHIDMATAN PESAWAT SUKHOI SU-30MKM

 
Kementerian Pertahan telah menyerahkan kontrak 10 tahun untuk Program Lanjutan Hayat Perkhidmatan (SLEP) pesawat Sukhoi Su-30MKM.
 
SLEP bagi pesawat Sukhoi ini telah dijalankan oleh syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC).
 
Tujuannya adalah untuk memastikan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada dalam keadaan optimum dan kedaulatan negara terus diperkukuh.
 
ATSC telah menjalankan, antara lain, kerja-kerja “Service Life Extension” dan “Preventive Restoration Works/Overhaul”.
 
Kerja-kerja ini memastikan pengoperasian pesawat lebih lama dan dapat digunakan selama 10 tahun lagi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan negara berbanding menghantarnya ke Rusia.
 
Kejayaan ini menggambarkan keupayaan industri tempatan kita. Namun, syarikat tempatan perlu terus meningkatkan keupayaan dan mencari pendekatan terbaik dalam mengukuhkan industri ini, termasuklah melalui meningkatkan R&D dan meneroka peluang dan kerjasama baharu.
 
Turut berlangsung, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ATSC dan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi pertahanan dan penyerahan sumbangan kebajikan kepada 9 penerima OKU warga PU Gong Kedak. 

 

No comments:

Post a Comment