Oleh
itu, kejayaan guru bukan semata-mata diukur berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan pelajarnya, sebaliknya keseluruhan pembentukan diri pelajar. Ia
selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan generasi pelajar yang
dikualiti dan cemerlang dalam semua aspek.
Perkembangan
bidang ilmu berlaku dengan pantas dan amat luas. Perkara baru hari ini mungkin
sudah menjadi lapuk esoknya.
Oleh
itu pencarian ilmu baru mesti diteruskan tanpa henti. Ia bertepatan dengan
suruhan agama yang meletakkan setiap orang perlu belajar berterusan.
Golongan
guru paling penting melaksankan konsep menutup ilmu berterusan ini. Guru perlu
sentiasa memperoleh sumber ilmu baru kerana mereka yang bertanggungjawab
menyebarkan semula kepada pelajar.
Jika
sekiranya guru pasif dalam mencari ilmu baru, maka sudah pasti apa yang mampu
disampaikan kepada pelajar sekadar apa yang dipelajari ketika mereka belajar di
universiti atau institut perguruan, 10 atau 20 tahun lalu.
Ilmu
dan kemahiran itu sudah banyak yang berubah dan mungkin tidak sesuai lagi untuk
dipakai pada masa kini. Justeru itu, guru perlu sentiasa mengemaskini tahap
ilmu dan kemahiran mereka untuk disesuaikan dengan keadaan sekarang.
Guru
yang berkualiti akan memberikan satu tahap kecemerlangan sistem pendidikan
negara. Negara memerlukan genarasi akan datang yang berilmu dan berwawasan
untuk membina sebuah negara yang maju.
Justeru
itu, pihak guru sendiri perlu memiliki kualiti yang baik untuk menjalankan
tugas tersebut. Sememangnya dalam era globalisasi dan mencabar ini, aspek
kualiti sentiasa diutamakan, termasuklah dalam profesion perguruan.
Jika
guru tidak mahu melalui anjakan ilmu, mereka akan menghadapi masalah yang besar
untuk berdepan dengan pelajar yang semakin kehadapan dari segi penguasaan ilmu.
Sekarang ini sudah ada murid yang menguji kemampuan guru dengan mengemukakan
soalan-soalan yang sebenarnya telah mereka ketahui jawapannya.
Justeru,
guru wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan bukan saja dalam mata pelajaran
yang diajar, bahkan dalam semua aspek keilmuan berkaitan dengan pengetahuan umum.
Jika
guru sering mengingatkan pelajar agar banyak membaca, menggunakan kemudahan
teknologi maklumat, mengikuti bengkel dan kursus, berbincang dan membuat
rujukan, maka perkara yang sama perlu dilakukan sama oleh guru.
Ilmu
dan kemahiran tidak diperoleh tanpa dilakukan dengan aturannya. Sekarang ini
kaedah mencari ilmu tiada sempadannya. Pelajar tidak lagi perlu mengembara ke
tampat jauh semata-mata untuk menuntut ilmu kerana kini mereka boleh
‘mengembara’ melalui gerbang siber untuk mencari guru dan mengutip banyak ilmu.
Firman
Allah bermaksud: “Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna)
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturannya). Dan sesiapa yang
diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya diberi kebaikan yang banyak. Dan
tidaklah yang dapat mengambil pengajaran (peringatan) melainkan orang yang
menggunakan akal fikirannya.” - (Surah al-Baqarah, ayat 269).
Sesungguhnya,
guru perlu sentiasa berusaha mengemaskinikan ilmu yang dimiliki agar mampu
memberikan ilmu yang terkini kepada pelajarnya. Dengan cara itu saja dapat
memastikan guru mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan tugas berat ini.
Guru
menanggung amanah yang besar atas kepercayaan bahawa mereka akan melaksanakan
tugas tersebut dengan bersungguh-sungguh. Secara sedar seluruh masyarakat
meletakkan satu harapan yang amat besar agar agar guru dapat mendidik pelajar
menjadi insan berilmu dan berperibadi mulia.
Sesungguhnya
tidak ada orang lain yang lebih layak menerima amanah tersebut melainkan guru. Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” - (Surah an-Nisa, ayat
58).
Setiap
individu yang menerima tugas sebagai guru bermakna telah bersedia untuk
melaksanakan segala amanah itu. Profesion perguruan bukan sekadar satu bidang
pekerjaan yang terikat dalam bidang tugas yang memerlukan mereka melakukan
tugas mengajar semata-mata, tetapi mereka juga contoh kepada seluruh
masyarakat.
Jika
guru melakukan perkara bertentang dengan apa yang disuruh dilakukan oleh
pelajar, sudah pasti guru tersebut tidak akan dihormati. Rasa hormat pelajar
terhadap guru akan hilang dan sukarlah bagi guru berkenaan untuk menyuruh
pelajarnya melakukan kebaikan.
Firman
Allah bermaksud: “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan,
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kibat
Allah. Tidakkah kamu berakal.” - (Surah al-Baqarah, ayat 44).
Perihal
orang yang berilmu tetapi tidak menjaga kehormatan dirinya disebut oleh
Sayidina Ali sebagai golongan yang mendatangkan bencana kepada seluruh
masyarakatnya.
Kata
Sayidina Ali: “Ada dua jenis manusia yang mendatangkan bala bencana kepada
kita. Pertama orang yang berilmu tetapi
tidak menjaga kehormatannya. Kedua, orang yang bodoh tetapi kuat beribadat. Orang
yang bodoh itu menipu manusia dengan ibadatnya, dan orang yang berilmu itu
menipu manusia dengan kelalaiannya.”
Jelaslah,
guru mesti menunjukkan contoh terbaik kepada pelajarnya. Mana-mana guru yang
nyata mempunyai sikap buruk atau bertentangan dengan apa yang diamanahkan agar
ditunjukkan kepada pelajarnya, wajar mengubahnya segera.
Jangan
sampai dikatakan guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Contohnya guru
merokok, pelajar juga akan merokok dan lebih teruk lagi terlibat dengan dadah.
Jika guru sering masuk lewat ke kelas, pelajar pula mungkin terus ponteng
kelas.
Keikhlasan
guru melaksanakan tugas amat penting. Tanggungjawab guru bukan sekadar pada
waktu persekolahan, bahkan sepenuh masa hidupnya adalah seorang guru.
Justeru
itu, guru diumpamakan lilin yang membakar diri sendiri. Penghormatan untuk guru
amat nyata terutamanya dalam segi gelaran. Sekali seorang itu menjadi guru,
maka seumur hidupnya dia akan dipanggil cikgu.
No comments:
Post a Comment