Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam golongan
haiwan bertulang belakang jenis mamalian. Tenggiling adalah haiwan berdarah
panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung tenggiling terdiri daripada 4 kamar seperti
manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali
sebagai ventrikel.
Apabila tenggiling terasa bahaya, tindakan dilakukan ialah menggulungkan
tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.
Sejak tahun 2012, pada setiap hari Sabtu ketiga bulan
Februari setiap tahun, National Geography telah mengisytiharkan sebagai
sambutan Hari Tenggiling Sedunia.
Smbutan Hari Tenggiling Sedunia ini adalah bertujuan untuk
kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan haiwan liar berkenaan.
Dalam usaha kempen kesedaran ini kombinasi seni, literasi,
sains dan sosial didedahkan kepada masyarakat umum agar maklumat pemuliharaan
tenggiling ini sampai kepada masyarakat seluruh dunia.
Tenggiling menjadi buruan peniaga yang merentasi sempadan
antarabangsa. Permintaan terhadap tenggiling sebagai makanan eskotik amat
tinggi.
Permintaan tinggi untuk makanan dan perubatan tradisional
ini menyebabkan populasi tenggiling ini berkurang dengan cepat di Asia dan
spesies lain umumnya di Afrika.
Walaupun kajian saintifik tidak menunjukkan ada nilai
perubatan namun permintaan daging dan sisik tenggiling masih tinggi.
Permintaan tinggi terhadap daging haiwan eksotik terutama
oleh pembeli di China, Vietnam dan Laos menyebabkan tenggiling semakin kerap
diseludup ke negara berkenaan.
Walaupun sisik tenggiling mengandungi keratin, bahan yang
sama pada kuku manusia dan tanduk badak, ia tidak ada nilai dalam perubatan. Namun
pakar perubatan tradisional Cina percaya keratin pada sisik tenggiling lebih
mujarab untuk memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan keradangan.
Baca juga:
No comments:
Post a Comment