Wednesday, 30 April 2025

KEBAIKAN KHASIAT TAPAI UBI KAYU

 
Tapai ubi kayu dibuat menggunakan ubi kayu melalui proses penapaian. Ragi dibunakan untuk proses penapaian atau tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul organik oleh ragi terhadap ubi kayu.
 
tapai ubi kayu sedap dimakan terus atau ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menikmati bersama cendol, dijadikan kek, dibuat apam, digoreng bersama tepung seperti pisang goreng dan macam-macam lagi.
 
Tapai ubi kayu merupakan sumber pribiotik semula jadi yang baik untuk usus, Probiotik merupakan mikroorganisma hidup, biasanya bakteria baik atau ragi, yang memberikan manfaat kesihatan apabila dimakan, terutama dalam meningkatkan atau memulihkan mikrobiota usus. 
 
Peibiotik memainkan peranan penting dalam kesihatan usus dan pencernaan. Sebab itu amat baik mengamalkan makan tapai ubi kayu
 
Kebaikan khasiat ubi kayu juga baik untuk.
-  Megelakkan peningkatan tekanan darah
-  Membantu mencegah anemia
-  Membantu melancarkan sistem percernaan
-  Membantu dalam peningkatan berat badan secara sihat
-  Mencegah kenaikan paras gula dalam darah
-  Membantu dalam pembekuan darah
-  Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
-  Membekalkan tenaga dengan segera
-  Baik untuk kesihatan jantung
 
Jom amal makan ubi kayu.

No comments:

Post a Comment