Sisik tenggiling mendapat permintaan tinggi kerana banyak
digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional Cina. Harga sisik haiwan
itu boleh mencecah sehingga RM12,800 untuk satu kilogram.
Sisik tenggiling dikategorikan sebagai larangan import
mengikut Jadual Ketiga, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam
2008 (Akta 686) kecuali dengan kelulusan permit.
Mengimport sisik tenggiling adalah dilarang mengikut Butiran
1, Bahagian III Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017
kecuali dengan adanya kelulusan permit import dari Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Pengimport dan ejen Kastam yang terbabit dalam cubaan
seludup sisik tenggiling boleh disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam
1967.
Di peringkat global, bermula 2020, China mengeluarkan sisik
tenggiling daripada daftar ramuan yang diluluskan untuk digunakan dalam
perubatan tradisional Cina.
Tindakan China ini akan memberi impak yang besar. Ini adalah
langkah yang sangat penting dan perlu diambil jika kita mahu memulihara haiwan
ini.
Ia dianggap sebagai satu langkah terdesak bagi melindungi
haiwan itu yang merupakan antara haiwan paling kerap diseludup.
Walaupun sisik tenggiling mengandungi keratin, bahan yang
sama pada kuku manusia dan tanduk badak, ia tidak ada nilai dalam perubatan. Namun
pakar perubatan tradisional Cina percaya keratin pada sisik tenggiling lebih
mujarab untuk memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan keradangan.
Sebilangan besar permintaan untuk tenggiling adalah bagi
kegunaan perubatan tradisional Cina. Itulah yang mendorong perdagangan haram
skala besar.
Selain itu, dagingnya akan dijadikan hidangan istimewa untuk
golongan kaya di sesetengah tempat.
Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam,
populasi tenggiling di China telah menurun lebih dari 90 peratus sejak tahun
1960.
Tenggiling merupakan spesies haiwan bersisik yang boleh
ditemukan di kawasan tropika dan subtropika. Mempunyai 8 jenis spsesies dan salah
satunya adalah berasal dari Malaysia.
Baca juga:
No comments:
Post a Comment