Monday 2 December 2019

PASUKAN TINDAKAN CEMAS MALAYSIA

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) ditubuhkan bertujuan memberi khidmat bantuan kemasyarakatan dan kecemasa ketika bencana. Pasukan Tindakan Cemas Malaysia merupakan sebuah badan pengerak sukarela dan agensi pemantau.

PTCM telah ditubuhkan semenjak tahun 1988 dibawah Akta Syarikat sebagai Badan Koporat dan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (LAPTCM).

Didaftarkan dan diletakkan hak dibawah Akta 258 Pemerbadanan Pemegang Amanah 1952 (semakan 1981) (pindaan 2004) pada 21 Januari 1998 di bawah pengawasan Unit Keselamatan Jabatan Perdana Menteri di dalam (7) dlm.BHEUU(5)002/2/229(LAPTCM)

PTCM adalah sebuah pasukan penyelamat kebangsaan yang hanya terlibat dalam operasi menyelamat bencana alam, kemalangan jalanraya, kebakaran, kehilangan orang di laut, darat dan sungai, pasukan pengawas pantai, unit trafik dan keselamatan jalanraya dan skuad penyelamat khas.

Antara matlamat penubuhan PTCM ialah:
- Menyediakan pasukan berpakaian seragam yang lengkap berdisplin.
- Menyediakan perkhidmatan menyelamat yang cekap dan terlatih.
- Membina skuad elit yang mampu dikerah di kala kecemasan.
- Menyedia kelengkapan logistik, alatan menyelamat, dan paramedik ketika kecemasan.

Gambar: Unit Berkuda dan ATV PTCM Cawangan Terengganu di tugasan awasan Pantai Batu Burok, Terengganu.

No comments:

Post a Comment