Thursday 19 December 2019

DIDIKAN PEMUDA DAHULU TELAH DITUAI HASIL KINI


Generasi muda bakal pemimpin masa hadapan. Maka jika mahu melihat gambaran sebuah negara masa hadapan, lihatlah golongan pemuda hari ini.

Saidina Ali berkata: “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Inilah benarnya apa yang berlaku di negara kita hari ini. Masanya tidak lama pun berbanding apa yang berlaku pada masa dahulu.

Seketika dahulu pemuda sering diajak untuk berarak di jalanan dan ditanam sifat memberontak. Demi perjuangan mereka sanggup melakukan tindakan di luar normal kehidupan. Mereka menjadi paling berkuasa sehingga tidak takut kepada sesiapa.

Inilah gambaran yang berlaku pada masa sekarang. Biarpun jumlah yang terlibat tidak menggambarkan majoriti, tetapi itulah yang meresap dalam budaya rakyat sekarang.

Jika perkara ini tidak dihentikan segera, maka jadilah satu budaya yang bakal meruntuhkan negara pada masa hadapan.

Adakah kita tidak pernah menoleh ke belakang sebentar? Belajar dari sejarah, agar nanti kita juga bakal mencipta sejarah yang juga megah. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk sebuah kemenangan yang diimpikan semua masyarakat Islam terutamanya.

Justeru, pemuda pemudi haruslah mempunyai jati diri yang teguh berpaksikan aqidah yang mantap, merupakan asas dan kekuatan utama ke arah tertegaknya masyarakat Islam seterusnya negara yang unggul.

Di samping itu, mereka juga mampu ‘bertahan’ ketika persekitaran cuba menekan dan mempengaruhi dari segenap pelusuk dan arah supaya musuh-musuh yang cuba meracuni akal fikiran dapat ditongkah dengan sebuah benteng yang kuat, bernama iman dan takwa. 

No comments:

Post a Comment