Ramai
suka makan sosej, terutama ketika bersarapan dan majlis BBQ atau barbeku. Ia
sama ada digoreng ataupun dibakar.
Jika
anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar,
anggapan tersebut adalah salah sama sekali.
Sosej
bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai
ciri-ciri berikut:
-
Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
-
Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
-
Tinggi bahan pengawet
-
Boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan
-
Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
Kandungan
mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses
adalah sangat sedikit.
Nak
makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan
harian untuk anak-anak kita.
Untuk
mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga
info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya.
No comments:
Post a Comment