Tuesday 6 October 2020

AKAUN PARODI SEBAR BERITA PALSU

Akaun parodi ini adalah trend baharu dalam menyampaikan berita palsu, mengejek atau mencerca di media yang menggunakan nama/jenama atau logo yang hampir serupa dengan badan atau pertubuhan yang dikenali ramai atau orang kenamaan.

Akaun parodi bukan sahaja masalah di Malaysia, akaun parodi ini memang berlaku berleluasa baik dalam dan luar negara. Semua adalah sama.

Akaun parodi ini selalunya dinaikkan melalui platform global iaitu Twitter atau Facebook yang berpangkalan di luar negara. Jadi akta dan undang-undang negara sama ada di Malaysia atau mana-mana negara lain ada limitasinya iaitu mengikut sempadan.

Yang di luar negara memang susah nak banteras tetapi untuk individu dalam negara kita cuba buat pendekatan agar kita sebagai rakyat untuk lebih bermoral iaitu nak cakap apa-apa boleh tetapi jangan menipu. Freedom of speech but not freedom to lie.

Agensi atau individu yang terkesan dengan akaun parodi atau palsu boleh mengambil tindakan undang-undang sivil. Di negara ktia mempunyai undang-undang yang boleh diguna pakai bagi menangani mereka yang menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan tertentu selain bertujuan menjejaskan masyarakat.

Pengguna media sosial tidak perasan dan bila kita tengok kandungan itu dia bukan sahaja berbentuk jenaka tetapi pada masa sama mengelirukan orang ramai, ia berselindung dalam tema parodi.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian dan laporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment