Sunday 14 November 2021

BENTUK BAYANG BERGANTUNG KEPADA KUAT CAHAYA

 
Bayang atau bayang-bayang terjadi apabila yang tersinar dari sesuatu punca terhalang dalam laluan melurus daripada mengena sesuatu permukaan atau benda yang tegap.

Jika sumber cahayanya memancar lemah akibat halangan daripada persekitaran, seperti matahari pada hari berawan, bayangan yang terhasil tidak ketara.

Banyang juga adalah gambar yang terbentuk pada cermin, air atau sesuatu yang bekilat membalikkan sesuatu objek berhampiran.

Tempat teduh tidak akan menampakkan bayang-bayang kerana teduhan itu sendiri sudah merupakan bayangan sebuah benda yang menghalangi sinar matahari.

Kekuatan sinar cahaya yang terpancar menentukan tebal tipisnya bayangan benda itu, jarak sumber cahaya dan jarak benda terhadap benda tertimpa bayangannya menentukan panjang dan pendeknya bayangan itu jika bayangan menimpa benda lain.

Sumber sinar matahari panjang bayangan benda ditentukan oleh sudut ketinggian sinar matahari sedangkan sumber cahaya yang lain ditentukan oleh jarak benda terhadap titik pusat sumber sinar.

Apabila suatu benda bergerak mendekati titik pusat cahaya, bayang-bayang benda tersebut akan membesar kerana benda tersebut mendekati titik cahaya pada sumber cahaya itu, sehingga bayangan benda menjadi lebih besar.

Apabila sesuatu benda menjauhi cahaya, bayang-bayang benda tersebut pun menjadi kecil kerana benda tersebut menjauhi titik sumber cahaya. 

Hal ini sesuai dengan sifat cahaya yang merambat merupakan garis lurus menyebar dari satu titik pusat cahaya, contoh sumber cahaya lampu lampu stadium, matahari, dan masih banyak sumber cahaya lainnya.

Ada beberapa peribahasa atau kiasan berkaitan atau menggunakan perkataan bayang.

Kiasan ada bayang dalam ingatan adalah merujuk kepada sesuatu yang digambarkan di dalam fikiran.

Manakala peribahasa bayang disangka tubuh ialah mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Maksud bayang sepanjang badan (tubuh) pula bermaksud sesuatu yang dikerjakan hendaknya berpadanan dengan kekuatan diri.

Peribahasa bayang tidak sepanjang badan pula ialah berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan. Satu lagi peribahasa ialah dimabuk bayang yang bermaksud ingin akan sesuatu yang mustahil.

Takutkan kepada bayang sendiri pula ialah perasaan takut kerana perbuatan buruknya sendiri.

Menurut Fernease (1992) apabila cahaya menyentuh permukaan yang berbeza cahaya mungkin akan memantul, menyerap dan cahaya akan dihantar serta dibiaskan.

Cahaya spekular atau cahaya terus dalam jumlah yang kecil seperti cahaya matahari atau cahaya yang berasal dari sumber kecil yang jelas akan menghasilkan bayang-bayang.

Manakala menurut teori Gibbs (1997) jarak lampu dan cahaya memainkan peranan penting kepada bayang-bayang. Jarak lampu dan objek yang jauh menyebabkan bayang-bayang lambat sampai kepermukaan.

Hal ini kerana cahaya memerIukan masa untuk sampai kepermukaan. Oleh itu, jarak lampu dengan objek dan dinding perIu dikurangkan untuk memastikan bayang-bayang yang terhasil lebih gelap.

Seni bayang memainkan peranan penting dalam cara untuk melihat dunia dan memerIukan masa untuk melihat apa yang ingin disampaikan oleh seseorang artis dalam penghasilan karya mereka.

Keupayaan artis dalam penyampaian mereka dengan penonton melihat objek 3D dalam bentuk bayang-bayang 2D.

Ewart 1998 menghasilkan karya bayangan boneka purba Cina dalam bentuk bayang-bayang tangan. Seni bayang adalah karya seni yang kelihatan seperti satu perkara yang dilihat secara langsung, tetapi bayang yang terhasil menjadi sesuatu yang lain.

Pelbagai jenis seni bayang yang dapat kita lihat seperti arca bayang dan teater bayang. Arca bayang merupakan karya berbentuk arca dan cahaya dipancar kepada arca tersebut.

Karya seperti ini dapat dilihat seperti bayang yang terhasil tidak sarna seperti arca tersebut. Artis yang menghasilkan karya seperti ini adalah Ryota Kuwakubo, Diet Wiegman, Tim Noble dan Sue Webster.

Terdapat pelbagai jenis seni bayang antaranya adalah arca bayang dan teater bayang. Arca bayang merupakan sebuah arca yang dihasilkan dengan bantuan cahaya untuk membentuk arca tersebut.

Hasil arca pada kesan pantulan cahaya adaIah tidak sarna dengan arca yang sebenar. Teater bayang merupakan hasil karya seni yang berbentuk pergerakan bayang.

Ada banyak lagu yang menggunakan perkataan bayang atau bayangan sebagai tajuk mahupun liriknya.

Antara lagu paling popular ialah Rindu Bayangan yang dari kumpulan Carefree.

RINDU BAYANGAN.

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama 'kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi?
Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
O-oh, inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

No comments:

Post a Comment