Saturday, 12 April 2025

ECRL GUNA KERETA API CR200J FUXING

 
Rakyat menanti penampilan kereta api  Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Bagaimanakah bentuk dan ciri-cirinya. Sebenarnya ia tidak rahsia lagi apabila ECRL telah memiih kereta api unit gandaan elektrik (EMU - electrical multiple unit) CR200J Fuxing keluaran CRRC Dalian dari China. Sebelum itu, ECRL mempertimbangkan untuk menggunakan CJ6 oleh CRRC Zhuzhou
 
Kereta api (tren)  CR200J Fuxing direka untuk kelajuan maksimum 160 kilometer perjam, sesuai untuk perjalanan merentasi kawasan pergunungan dan laluan yang memerlukan pendakian seperti melepasi Banjaran Titiwangsa. Kelajuan tersebut sesuai untuk laluan jarak sederhana dan melalui kawasan memerlukan kestabilan dan keselamatan.
 
CR200J berkongsi sistem transmisi dan motor yang serupa dengan set kereta api siri Fuxing yang lain walaupun kelajuan operasi yang lebih rendah.
 
Reka bentuk dalaman CR200J mengikut reka bentuk kereta api CR400. Ia dilengkapi dengan soket elektrik individu, sambungan Wi-Fi, dan ruang kaki yang lebih besar.
 
Bahagian hadapan CR200J berbentuk "streamlined" untuk mengurangkan rintangan udara dan cabaran angin lintang di kawasan berbukit.
 
Ia juga dilengkapi teknologi pengurangan bunyi, yang memberikan pengalaman perjalanan yang senyap dan selesa, terutamanya apabila melalui terowong atau kawasan sensitif bunyi.
 
CR200J menggunakan sistem kuasa modular, iaitu kereta api ini menggunakan konfigurasi tolak-tarik di mana lokomotif berada di kedua-dua hujung, memastikan pengagihan kuasa yang sekata dan perjalanan lebih lancar.
 
Tempat duduk boleh laras dan berpusing, kemudahan untuk golongan OKU, ruang simpanan bagasi yang besar, dan sistem penghawa dingin moden untuk iklim tropika. Malah, terdapat ruang solat disediakan.
 
CR200J dilengkapi dengan sistem brek regeneratif yang menukar tenaga brek kepada elektrik, menjadikan ia lebih cekap tenaga dan mesra alam.
 
Ia dibina di bawah piawaian Fuxing yang sama dengan tren berkelajuan tinggi di China, terkenal dengan kebolehpercayaan dan kos penyelenggaraan yang rendah.
 
Kereta api ini tidak hanya memenuhi keperluan teknikal tetapi juga mengutamakan keselesaan dan budaya penumpang tempatan. Bakal jadi pengalaman premium untuk rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment