
Kuih cek mek molek terkenal di Kelantan. Kuih cek mek molek, atau lebih dikenali sebagai cek mek sahaja, digelar
sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan permukaan yang licin, selaras
dengan dialek Kelantan yang merujuk kepada sesuatu benda kecil yang
comel, cantik, berbentuk bujur dan permukaan yang licin sebagai cek mek.
Masa kecil dahulu, penulis kerap buat cek mek molek. Sebabnya, ada banyak ubi stelo (ubi keledek) yang ditanam sendiri oleh ayah.
Paling kerap buat cek mek molek ialah pada
musim banjir. Kenapa? Sebabnya ketika itu keledek yang ditanam terpaksa digali untuk
mendapat ubinya. Jika dibiarkan terus dalam tanah yang dipenuhi air, ubi keledek
akan carak atau rosak.
Ubi keledek biasanya direbus untuk dimakan
'kosong'. Jika terlebih rebus atau memang dilebihkan, maka ubi itu akan digunakan
untuk membuat cek mek molek.
Untuk membuat cek mek molek, ubi keledek
(yang telah direbus empuk) dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum.
Bentukkan adunan menjadi seperti perahu.
Masukkan sesudu gula dan kemudian ditutup serta diratakan menjadi bentuk bujur.
Goreng dalam minyak panas yang banyak
dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.
No comments:
Post a Comment