Wednesday 31 January 2018

MAKSUD PITIS SAMAH SERIAL

Di Kelantan, nilai wang disebut dalam kiraan sen, samah dan rial. Sebutan sen memang sama dengan kadar sen di tempat lain. Yang menjadi kekeliruan ialah kadar samah dan rial.

Samah merujuk kepada nilai 50 sen. Manakala rial atau serial adalah nilai untuk bersamaan RM1.

Perkataan samah akan disebut 'amah' jika ingin merujuk jumlah lebih daripada samah. Katakan jika tidak ingin disebut serial (RM1) maka akan disebut dua amah.

Bermakna jika nilainya RM1.50 sen, akan disebut tiga amah. Nilai RM2 dikatakan empat amah. Namun, biasanya amah ini dibilang sehingga tujuh amah sahaja merujuk kepada RM3.50 sen.

Pun begitu, dalam masyarakat sekarang jarang menggunakan perkataan dua amah atau tiga amah. Yang masih disebut dan digunakan ialah samah untuk nilai 50 sen.

Bahkan, jika diberitahu kepada genarasi muda nilai tiga amah, kebanyakan mereka tidak akan memahaminya itu nilai RM1.50 sen. Yang lebih kerap disebut ialah serial lima puluh sen.

1 comment: