Friday 8 June 2018

AWAS DOSA DALAM RUMAH

Buat dosa dalam rumah. Ungkapan itu memang tidak sedap didengar. Tetapi itulah yang sering terjadi dalam pergaulan ahli keluarga. Ahli keluarga kita tidak semua berstatus mahram. Ipar duai, biras, anak saudara (sebelah suami atau isteri) dan sepupu dianggap saudara terdekat, namun mereka bukan mahram. Dengan kata lain batasan aurat perlu dijaga dan hal-hal berkaitan dengannya.

Perkara ini paling penting dijaga ketika sambutan raya dan majlis kenduri kendara. Ketika itu sanak saudara akan berkumpul. Disebabkan berasa berada dalam lingkungan keluarga sendiri, maka aspek menjaga aurat dianggap tidak penting.

Maka, banyak wanita yang berpakaian ikut rasa selesa berada di rumah. Lebih-lebih lagi apabila dalam ketika membuat persiapan raya atau kenduri. Ketika itu masing-masing sibuk dan rasa panas serta berpeluh. Jadi, soal menutup aurat tidak dipedulikan lagi. Habis tudung dibuang dan pakai baju ikut selesa. Baju T berlengan pendek paling digemari. Setengah tu berpakaian ala hendak tidur. Ringkas dan terdedah.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kalau faham tentang perlunya tutup aurat daripada dilihat oleh bukan mahram. Tidak kiralah bukan mahram itu di kalangan ahli keluarga atau tidak. Hukumnya tutup aurat tetap sama. 

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA.
1. Bapa sendiri ( bapa kandung).
2. Bapa suami (bapa mertua).
3. Anak lelaki.
4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).
7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).
8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
9. Anak lelaki susuan.
10. Bapa susuan.
11. Saudara susuan.
12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
13. Menantu lelaki.

Maka, selain yang disenaraikan di atas adalah bukan mahram kepada wanita. Justeru, hendaklah dipatuhi dalam soal menjaga aurat biarpun ketika berada di dalam rumah.

No comments:

Post a Comment