Friday 20 July 2018

MEMAHAMI MOOD KEHENDAK KANAK-KANAK

Ibu bapa perlu memehami mood anak. Kalau semasa bayi, anak hanya tahu menanggis, ketawa dan merengek. Namun, sesuai dengan peningkatan usia, anak akan berubah membina emosi dan karektor diri. 

Ketika usia satu tahun setengah hingga tiga tahun, mereka akan melalui fasa perubahan karektor diri dan mula ada keinginan dan bantahan yang ingin disampaikan kepada ibu bapa dan orang dewasa.

Mereka akan melakukan perbuatan seperti memukul, menggigit, menendang, menghentak kaki dan berbaring di lantai. Semua itu adalah tanda perkembangan emosi dan mood kanak-kanak. 

Ketika itu juga mereka ingin melakukan itu dan ini. Jika tidak ditunaikan, maka akan lahirlah perbuatan seperti memukul. Itu semua adalah sebahagian bentuk komunikasi kanak-kanak. Jadi, ibu bapa perlu memahami situasi ini. Jangan mudah panik dan bertindak tanpa memahami keperluan sebenar kanak-kanak.

Ketika inilah perlu kesabaran dan kreativiti ibu bapa untuk menanganinya. Ibu bapa perlu memahami psikologi anak masing-masing. Jangan mudah menghukum anak atas apa yang dilakukan. Sebaliknya, ajar dan bimbing mereka apa yang sepatutnya dilakukan.

Pada masa sama, jangan sekali-kali terlalu simpati dengan anak sehingga membiarkan apa sahaja yang ingin dilakukan atau memenuhi segala apa yang diingini. Ini dikatakan terlalu memanjakan anak sehingga mereka tidak mengerti apa yang boleh dan tidak boleh. Apa sahaja yang dilakukan dianggap sebagai betul oleh anak apabila ibu bapa tidak menghentikan atau menegah apa yang salah dilakukan.

Selain menjelaskan, perbuatan anak yang cuba menujukkan 'kuasa' perlu ditegah atau dihalang untuk terus melakukannya. Contohnya anak yang bertindak memukul apabila kehendak tidak ditunaikan, maka halang tindakan itu. 

Pegang tangannya atau ambil benda yang ada di tangannya yang digunakan untuk memukul. Jangan tunaikan permintaan anak yang menjadikan perbuatan memukul untuk mendapatkan sesuatu. Beritahu anak bahawa jika terus memukul, permintaannya tidak akan ditunaikan.

Kalau anak merajuk, biarkan seketika. Jangan cepat memujuk. Biar emosi anak setabil dahulu dan kemudian baru berbual dengan mereka dengan menjelaskan itu dan itu yang sepatutnya.

Begitu juga jika anak menggunakan kuasa menanggis untuk mendapatkan sesuatu. Biarkan dia menanggis dahulu, terutama ketika berada di rumah. Memang bingit jadinya, tetapi percaya tidak lama begitu. Kalau menanggis selama 10 minit tanpa dipeduli, itu kira sudah lama. 

Kadang-kaang jika tidak dipedulikan, anak akan menanggis hanya dalam dua hingga lima minat. Lepas itu terus senyap. Anak menanggis sebagai tanda protes apabila kehendak tidak ditunaikan. Jika tiada siapa peduli, kanak-kanak juga tahu menilai bahawa apa yang dilakukan itu tidak akan berjaya. Jadi, mereka akan berhenti menangi dengan sendiri.

No comments:

Post a Comment