Sunday 12 January 2020

ISTANA SANGKUT LATA CHATEL KUALA KRAI

Semakin banyak tempat perkelahan dikendalikan pihak swasta dibuka. Pembukaan lebih banyak tempat menarik memberi peluang lebih banyak pilihan dan beralih angin di tempat yang berbeza.

Antara yang terbaru ialah Istana Sangkut. Tidak pasti pula mengapa dikenali dengan nama tersebut.

Istana Sangkut terletak di Lata Chatel, Kuala Krai, Kelantan. Pengunjung perlu memasuki Jalan Lata Rek - Chucuh Puteri sebelum masuk ke cabang menuju ke Istana Sangkut.

Istana Sangkut terletak berhampiran kawasan perkelahan Lata Rek. Jadi pengunjung yang datang di situ boleh singgah di kedua-dua tempat. Kedua-duanya berada di laluan Sungai Rek.

Tempat itu juga menempatkan resort berkonsep tradisional yang mengekalkan keindahan flora dan fauna.

Pelbagai kemudahan disediakan yang sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan kelurga. Kemudahan yang disediakan adalah chalet penginapan, tapak perkhemahan, kemudahan BBQ, hiking hutan, flying fox dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment