Saturday 18 January 2020

TRADISI BAHASA PERCAKAPAN ORANG KELANTAN MERENDAH DIRI

Tradisi orang Kelantan:
- Kalau ajak sesiapa ke rumah akan dikata: "selekan (silakan) ke bangsal buruk ambo" walaupun rumahnya adalah banglo mewah.

- Juga akan dikata: "mari bangsal buruk ambo, kita minum air sejuk, makan nasi dengan budu" walaupun yang akan diberi minum jus buah naga dan dijamu nasi dengan gorengan daging lembu tempatan yang fresh, asam pedas ikan patin dan pelbagai.lauk.pauk dan sayur-sayur sampingan"

-  Kalau ditanya luas mana sawah yang dimiliki, akan dijawab: "ada la dua tiga copeng" walaupun sawahnya berlajo-lajo.

- Kalau ditanya ada sebanyak mana pokok buah-buahan, akan dijawab: "ada la sepokok dua" walaupun dusunnya luas berekar-ekar.

- Kalau ditanya luas ke kebun getah yang dimiliki, akan dijawab: "ada lah 4...5 pokok" walapun hasil getahnya berpikul-pikul sehari.

- Kalau ditanya berapa pendapatan sebulan, akan dijawab: "boleh la wat beli garam nga budu, dan beli ikan kering bengkok kepala".

Tradisi itu sebenarnya kerana orang Kelantan suka merendah diri dan cuba mengelak dari meninjuk-nunjuk dan membanggakan diri.

Kerananya kepada mereka yang tidak cukup tahu dengan tradisi orang Kelantan akan anggap orang Kelantan, miskin, merempat dan bangsat walaupun yang buat anggapan itu pendapatan bulanannya mungkin di bawah dari perolehan kuli toreh getah orang Kelantan.

FB Ramli Abdul Halim

No comments:

Post a Comment