Saturday 23 January 2021

CARA TANAM KUNYIT

Kunyit boleh dikatakan satu keperluan wajib di dapur sebagai bahan perisa dalam masakan, selain digunakan sebagai herba kesihatan dan kecantikan. Biarpun terdapat serbuk kunyit di pasaran, banyak surirumah lebih selesa menggunakan kunyit hidup untuk masakan.

Selain dibeli, kunyit sebenarnya mudah ditanam untuk menyediakan bekalan berterusan di rumah.

Kunyit boleh ditanam atau dibiakkan menggunakan ibu kunyit iaitu bahagian tempat keluar pelepah daun dan rizom. Ubi kunyit boleh dibelah menjadi dua atau lebih kecil mengikut kesesuaian untuk ditanam. Penggunaan ubi kunyit lebih mudah untuk tumbuh membiak.

Cara lain lebih mudah untuk mendapatkan benih ialah menggunakan rizom atau kunyit yang biasa digunakan. Maksudnya, tidak sukar untuk mencari benih kunyit. Panjang kunyit yang digunakan untuk benih adalah 2cm hingga 5cm.

Untuk memastikan kadar rizom bertunas dengan baik, elok ia ditanam atau disemai dahulu dalam bag plastik atau bekas lain. Tanam rizom kira-kira 2cm dalam tanah. Tanah yang dicampur dengan pasir

Medium pasir ini memudahkan anak pokok bercambah dan supaya anak pokok tidak teremdam air yang banyak hingga terencat tumbesarannya.

Biasanya daun keluar dalam masa seminggu atau 2 minggu. Setelah sudah keluar daun dan anak pokok dah setinggi sejengkal, alihkan anak pokok ke tanah biasa atau tanah bercampur kompos. Ini untuk membantu pembesaran yang maksimum.

Kalau ingin tanam dalam pasu, boleh terus semai rizom dalam pasu dan tidak perlu dipindah lagi. Pokok kunyit jarang diserang perosak atau penyakit.

Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering.

Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom. Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.

No comments:

Post a Comment