Wednesday 13 January 2021

KOLAM AIR PANAS ARA PANJANG, MANONG, PERAK

Di Malaysia terdapat banyak terdapat kolam air panas atau kolam air hangat semulajadi. Salah satu kolam air hangat itu ialah Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong, Perak.

Lokasi kolam air panas yang agak ‘tersembunyi’, namun tidak sukar dikunjungi kerana terdapat kemudahan jalan kampung bertar yang agak elok.

Kolam Air Panas Ara Panjang atau digelar 'Bendang Nyangat' berada sejauh kira-kira 2 km dari Jalan Sultan Iskandar Shah (Jalan Kuala Kangsar – Manong).

Pengunjung perlu melalui jalan bahaaru Jeliang menuju ke arah Sekolah Kebangsaan Ara Panjang dan belok ke kanan di sebelah Dewan Orang Ramai Kampung Ara Panjang dan seterusnya telusuri jalan bersebelahan sungai (kiri) sehingga jumpa kolam ini.

Kawasan Kolam Air Panas Ara Panjang dikira agak luas dan menarik. Ia berpotensi untuk dimajukan sebagai lokasi tumpuan pengunjung.

Kolam Air Panas Ara Panjang mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana istimewanya adalah mempunyai banyak mata air dan suhunya juga agak tinggi berbanding di lokasi kolam air panas lain yang ada di dalam negara kita, Malaysia.

Pada satu ketika dulu, ia menjadi tumpuan buat penduduk di sekitar Kuala Kangsar yang ingin berendam di kolam air panas semulajadi.

Diceritakan asal usul nama Kolam Air Panas Ara Panjang ini adalah digelar dengan sebagai nama Bendang Nyangat.

Kolam air panas yang mempunyai identiti tersendiri ini mendapat gelaran Bendang Nyangat kerana dahulunya kawasan tersebut adalah kawasan bendang tanaman padi yang mengeluarkan air hangat (nyangat) secara semulajadi.

Antara kebaikan berendam dalam air hangat semulajadi ialah:
- Beri ketenangan kepada tubuh badan.
- Membantu mengurangkan stress
- Membuka liang roma di wajah
- Membuang toksin
- Melancarkan peredaran darah
- Memberi kelegaan ketegangan otot kerana aktiviti seharian
- Menaikkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengubati penyakit kulit

No comments:

Post a Comment