Monday 6 December 2021

KESIHATAN LELAKI GANGGU KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Para pakar dari Centre For Sexual Health Research (CFSHR) University of Southampton merumuskan betapa kesihatan seksual di kalangan lelaki telah menjadi satu gejala senyap yang amat bahaya kepada kestabilan sesebuah rumah tangga.

Kajian Pusat Kesihatan Seksual Asia (PAKSA) yang berpangkalan di Hong Kong pula merumuskan bahawa 1 dari 3 lelaki dewasa di Asia mengalami tahap pertama masalah kesihatan seksual lelaki iaitu ejakulasi pra matang (Pre mature ejaculation).

Bermula dengan ‘gejala kecil’ ini akan menyusul pula masalah kegagalan ereksi penuh, yang akan membawa kemungkinan disfungsi total atau mati pucuk.

Satu kajian oleh sebuah institusi tempatan menganggarkan tidak kurang 1.6 juta lelaki Melayu mengalami satu dari tiga gejala seksual lelaki iaitu ejakulasi pra matang, ereksi tidak penuh dan mati pucuk. 

Justeru, lelaki perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengambilan makanan seimbang dan melakukan riadah adalah antara cara untuk menjaga kesihatan. Ia bukan sahaja untuk menjaga kesihatan seksual, tetapi juga penting untuk mengelak mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

 Gambar: Minum kopi baik untuk kesihatan lelaki. 

No comments:

Post a Comment