Saturday 22 January 2022

PELEKAT TANDA PESAKIT SEDANG SEMBAHYANG

 
Ketika mendapat rawatan di dalam wad di hospital, ibadat sembahyang tetap perlu ditunaikan. Ada kaedah atau cara tertentu yang perlu diikuti.

Cara bersembahyang ketika sakit tidak sukar. Ini termasuklah mereka yang tidak boleh berdiri mahupun duduk.

Ketika sakit, bersembahyang secara baring pun boleh.

Memandangkan bersembahyang secara baring kelihatan seumpama dalam dalam keadaan tidur atau berehat, maka doktor dan jururawat sering keliru atau tidak tahu bahawa pesakit itu sedang bersembahyang, melainkan ada orang lain beritahu.

Jadi, untuk mengelak kekeliruan tersebut sehingga mengganggu pesakit yang sedang bersembahyang sehingga boleh membatalkan sembahyang jika jururawat wanita menyentuh pesakit lelaki atau petugas lelaki menyentuh pesakit wanita, maka elok diadakan pelekat yang tertulis menyatakan pesakit sedang bersembahyang.

Pelekat seperti di dalam gambar adalah cara yang terbaik. Ia sama ada disediakan oleh pesakit atau ahli keluarga sendiri, dan mungkin sesuai disediakan oleh pihak hospital untuk digunakan bagi pesakit yang memerlukan.

Pelekat yang disediakan oleh pihak hospital lebih 'menarik' dan sesuai untuk digunakan. Ia mungkin boleh diletakkan atau disangkut di tempat tertentu, tidak semestikan diletakkan di atas tubuh seperti di dalam gambar itu. 

Semoga perkara ini tidak dianggap remah, kerana sembahyang adalah perkara penting dalam kehidupan kita, biarpun ketika mendapat rawatan di hospital.

No comments:

Post a Comment