Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial
selepas mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat
mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah.
Status
perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu didedahkan ketika dia menghadiri
satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.
Sorot
dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya di bawah satu
bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.
Sorot
memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka
bertemu.
Kesemua
isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling
bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik
sesama mereka.
Lelaki
itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu
dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya
di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.
Sorot
bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu
masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula
ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri
kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat
isterinya.
Dua
daripada isterinya kini hamil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki
daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur
dengan dua orang ditempatkan dalam setiap satu bilik.
Kesemua
isterinya dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menunggu suami mereka
bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut.
No comments:
Post a Comment