Nafsu
makan memang beragam. Macam-macam dan tidak ada batasannya. Sebab itu, setiap semasa
ada macam-macam menu baharu disediakan oleh jurumasak. Program masakan menjadi
antara rancangan paling diminati di televisyen.
Hakikatnya,
selera terhadap makanan ditentukan sendiri oleh kita. Ia bukan sahaja berkaitan
dengan cita rasa lidah dan selera, tetapi bagaimana kita mengendalikan rasa
bersyukur terhadap rezeki yang ada.
Semakin
dikejar dan dipenuhi keinginan nafsu makan, ia tidak akan pernah puas. Ada-ada
sahaja yang ingin dicuba.
Ada
orang sanggup mengembara jauh semata-mata ingin menikmati hidangan tertentu.
Beratur panjang atau menunggu lama untuk menikmati menu tentu sudah menjadi
perkara biasa. Itu tidak masuk harga mahal yang terpaksa dibayar.
Semua
itu adalah untuk memenuhi nafsu yang sebenarnya tidak pernah puas. Berpada-padalah
dalam soal makan. Ingatlah, permulaan penyakit ialah apabila kita tidak
berhati-hati mengisi perut dengan makanan yang tidak sepatutnya.
Anda
akan merasai nikmat makanan jika anda sentiasa mengamalkan sikap bersyukur
dengan rezeki yang ada.
No comments:
Post a Comment