Friday 3 June 2022

PCAK BERBAKTI KEPADA PENDUDUK PULAU

 
Ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bukan sahaja pergi dari kampung ke kampung untuk menyantuni asnaf, tetapi meretasi pulau dan sungai demi untuk asnaf.

Ahli PCAK sudah semakin biasa dengan keadaan di kepulauan delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Sama ada melalui Jeti Kuala Besar atau Jeti Kok Majid, ahli PCAK akan menaiki bot tambang untuk menuju ke pulau-pulau untuk menyerahkan bantuan kepada asnaf.

PCAK ada wakil sebagai penghubung dengan penduduk pulau. Roslan Ismail, Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022 dan Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021 adalah ahli PCAK yang banyak membantu mengenal pasti asnaf di kawasan kepulauan.

Biarpun Roslan dalam kategori OKU, beliau menjadi individu penting melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan komuniti di kawasan pulau.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment