Saturday, 8 October 2022

SHINKANSEN KERETA API LAJU DI JEPUN

 
Shinkansen adalah sistem landasan kereta api berkelajuan tinggi yang pertama dibangunkan oleh sekumpulan jurutera kereta api (tren) Jepun dan mula beroperasi pada 1964 antara Tokyo dan Osaka. 

Landasan untuk kereta api berkelajuan tinggi itu mempunyai rangkaian landasan menjangkaui 2,700 kilometer merentasi seluruh Jepun. 

Shinkansen dilengkapi dengan teknologi tahan gegaran bumi di Jepun dan setakat ini berjaya mengharungi pelbagai skala gegaran yang pernah berlaku di negara itu.

Kenapa orang Jepun perlu kepada kereta api laju? Sebab, Tokyo dan bandar besar lain di Jepun penduduknya terlampau pada. Memang sukar hendak tinggal di bandar besar.

Hendak mengatasi masalah ini, kereta api laju dibina bagi memudahkan pergerakan rakyat pergi dan balik kerja.

Mereka boleh tinggal jauh di luar Tokyo, tetapi bekerja di Tokyo. Mereka ulang-alik menaiki Shinkansen.

No comments:

Post a Comment