Tuesday 21 February 2023

Lawatan menteri ke Kampung Pulau Tengah

 
Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim melakukan lawatan ke Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kelantan pada 19 Feb 2023.
 
Lawatan Nik Nazmi bertujuan untuk lihat sendiri projek Denai Sungai Kebangsaan yang telah dibina oleh JPS di Pulau Tengah sejauh 1 kilometer, berjumpa dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga Pasar Terapung Pulau Tengah, pengusaha-pengusaha tempatan, Jawatankuasa Koperasi Pulau Tengah, Jawatankuasa Pertubuhan Komuniti Penduduk Pulau Tengah, Jawatankuasa Surau Al Ahmadiah Pulau Tengah dan penduduk setempat. .
 
Kampung Pulau Tengah telah muncul sebagai kawasan ekopelancongan baharu di Kelantan, hasil usaha penduduk setempat.
 
Koperasi Kampung Pulau Tengah telah memenangi Anugerah Desa Lestari, iaitu Koperasi Kampung Terbaik Kelantan Tahun 2022 daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah Malaysia untuk aktiviti Eco - Tourism hasil daripada promosikan aktiviti tarikan pelancongan berasaskan sungai dan keindahan semula jadi.

No comments:

Post a Comment