Wednesday 26 July 2023

MENGAPA SAYA BERUBAH MENYOKONG UMNO

 
Politik bersifat dinamik. Begitu juga penyokongnya. Ada alasan mengapa mereka berubah. Ini salah satu alasan diberikan oleh warganet mengapa dia berubah sokongan atau bersedia memilih UMNO atau Barisan Nasional.
 
Kawan-kawan saya cabar saya untuk menyatakan sikap saya terhadap BN. Apakah kritikan saya terhadap UMNO masih valid? Apakah saya sudah menganggap UMNO itu baik? Apakah saya akan undi BN?
 
Dia gini... Secara peribadi, saya memang pada mulanya agak tidak selesa untuk menerima UMNO sebagai rakan kolisi politik. Selama 40 tahun saya lawan UMNO.
 
Anak-anak saya membesar dengan kefahaman ayah mereka sering keluar rumah dan berjauhan dari keluarga atas urusan lawan UMNO. Pada masa yang sama, saya akui ianya adalah satu keperluan demi kepentingan yang lebih besar untuk negara. 
 
Realitinya keputusan rakyat dalam PRU-15 telah melorongkan kerjasama yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Kita tidak boleh salahkan rakyat. Kitalah yang perlu sesuaikan diri di atas keputusan rakyat tersebut, samada kita selesa melakukannya atau tidak.
 
Saya pernah terbaca pepatah yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris menyebut, "Discomfort is the beginning of new skill, confusion is the beginning of new understanding". Inilah yang berlaku kepada saya.
 
Sikap politik saya lebih terbuka dan memahami. Jauh beza berbanding sikap politik saya sepuluh tahun lepas. Saya harap ia menuju kepada sesuatu yang lebih baik.
 
Adakah UMNO sudah baik? Semua parti ada baik dan buruknya, tidak terkecuali UMNO. Saya masih tidak menerima politik yang diasaskan kepada perkauman. Saya masih tidak menerima budaya politik naungan. Kedua perkara ini bagi saya sudah agak berakar umbi dalam UMNO. Ini antara sebab saya menolak UMNO sebelum ini.
 
Pun begitu, jika dibandingkan dengan Perikatan Nasional yang jauh lebih ekstrim dalam dua aspek ini, UMNO secara natural kelihatan lebih moderate. 
 
Adakah saya akan undi BN dalam PRN ini? Itu confirm. Untuk kali pertama dalam hidup saya.
 
Kita bersama kukuhkan kerajaan madani. Demi negara dan rakyat.
 
Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment