Monday 29 April 2024

SMK PANGGUNG JAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

 
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya terletak kira-kira 210 kilometer dari Pejabat Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Tunjong, Kota Bharu. Kedudukan SMK Panggung Jaya adalah yang paling jauh dari Kota Bharu berbanding sekolah-sekolah lain. Sekolah rendah paling jauh pula adalah SK Pos Brooke yang terletak di Lojing.
 
Biarpun berada jauh, SMK Panggung Jaya dianggap sekolah yang dekat dengan JPN Kelantan. SMK Panggung Jaya yang juga sekolah murid Orang Asli Kelantan semakin mencipta nama dalam pelbagai pencapaian biarpun masih dianggap baharu.
 
SMK Panggung Jaya, mula dibuka sejak 21 Januari 2021 dan dirasmikan pada 23 April 2024 oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.
 
Biarpun masih baharu, lokasi pula jauh di pedalaman dan menempatan murid orang Asli, SMK Panggung Jaya telah melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan pada tahun lepas (2023) iaitu Nur Asurizah Abd Kadir mendapat tempat kelima peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Pengucapan Awam.
 
Kejayaan itu telah membawa kejayaan SMK Panggung Jaya menerima Anugerah Bitara Hal Ehwal Murid semena Majlis Apresiasi Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Bagi Tahun 2023 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
 
Tahniah buat Pengetua SMK Panggung Jaya, Mohd Khairul Bahri Ismail dan kaunselornya Rumaizah Ramli yang menerima Anugerah Bitara Hal Ehwal Murid. Tahniah juga buat seluruh warga SMK Panggung atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang berterusan.
 
Kejayaan itu bukti bahawa di mana letak sekolah bukan penentu kepada kemampuan pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia membuka peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar untuk mengapai apa jua impian dengan dibantu oleh guru-guru yang bersedia berbakti biarpun di mana mereka ditugaskan.
 
Kejayaan Nur Asurizah
https://cempakawaliman.blogspot.com/2023/10/dfr.html 

SMK Panggung Jaya sekolah orang Asli


No comments:

Post a Comment