Saturday 6 July 2024

MPAC DI NEW YORK ERATKAN HUBUNGAN

 
The Military and Police Advisers’ Community (MPAC) dianggotai di kalangan penasihat pertahanan dan polis yang mewakili negara masing-masing di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. MPAC melaksanakan fungsi nasihat atau perhubungan ketenteraan dan polis di New York.
 
Tujuan MPAC:
- Menyediakan forum untuk pertukaran profesional.
- Memudahkan interaksi dengan Sekretariat PBB.
- Meningkatkan hubungan peribadi dan rangkaian.
- Memberi peluang untuk pergi ke misi PBB.
 
Keanggotaan MPAC terbuka kepada individu yang mewakili negara masing-masing sebagai penasihat pertahanan dan polis yang bertugas di PBB di New York, Amerika Syarikat. Selain itu, pasangan kepada pegawai berkenaan juga diterima untuk menjadi ahli.
 
Komuniti ini aktif mengadakan perbincangan dan aktiviti yang mengeratkan hubungan di antara ahli. Selain dianjurkan oleh badan induk MPAC, perbincangan juga dihoskan secara bergilir-gilir melibatkan blok benua atau negara.


No comments:

Post a Comment