Wednesday 4 September 2024

SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG

 
Peribahasa seperti lembu dicucuk hidung merujuk kepada lembu yang sering dilambangkan dengan kebodohan. Lembu dicucuk hidung beerti orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang.
 
Peribahasa yang membawa maksud yang sama adalah seperti kerbau dicucuk hidung. Ada yang mengatakan peribahasa asal memang “seperti kerbau dicucuk hidung”. Kerbau yang kuat dan garang akan mengikut apa sahaja arahan dan kemahuan orang lain apabila telah dicucuk hidung.
 
Dalam keadaan sebenar, kerbau atau lembu yang dicucuk hidung akan mudah menurut ke arah mana ditarik atau tidak akan bergerak melebihi batasan tali apabila ditambat. Keadaan itu kerana lembu akan rasa sakit dan terpaksa mengikut apabila ditarik.
 
Berbanding jika diikat pada bahagian tengkok atau leher, lembu akan “berkeras” untuk tidak mengikut tarikan tali oleh tuan dan mungkin akan bergerak ke arah mana yang dikehendaki yang tidak mampu ditahan oleh tuannya. Bahkan dalam keadaan tertentu, tali yang diikat di bahagian leher mungkin putus apabila lembu bertindak agrasif.

No comments:

Post a Comment