Menjaga kebersihan diri dan sekitar amat penting,
terutama di tempat sempit dan banyak orang seperti di Pusat Pemindahan
Sementara (PPS). Justeru, sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan mengadakan Promosi Kebersihan (HP) & Kesihatan Mental dan Sokongan
Psikososial (MHPSS) di PPS terpilih.
Program menekankan soal bagaimana pendidikan kebersihan dan penjagaan kesihatan, terutama sepanjang berada di PPS. Penerangan ini turut diberikan kepada kanak-kanak yang dibuat secara praktikal sekali. Pengajaran secara santai dan berstruktur itu bukan sahaja bertujuan mendidik mereka tentang aspek kebersihan, bahkan juga mengisi masa terluang berada di PPS.
Pengisi aktiviti secara santai dan ada elemen keceriaan yang diterapkan semasa program diharapkan dapat menghilangkan rasa bosan dan tekanan di kalangan mangsa-mangsa banjir yang ditempat di PPS.
Usaha yang dilakukan sukarelawan BSMM Negeri Kelantan ini banyak membantu mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan ceria dan santai biarpun di tempat yang serba tidak menyenangkan berbanding berada di rumah sendiri.
Sukarelawan yang terlibat adalah mereka yang terlatih mengendalikan program yang menepati piawaian program yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, ia bukan sekadar mengisi masa bosan, tetapi satu satu program bertaraf antarabangsa.
BSMM Negeri Kelantan bercadang ingin mengadakan sebanyak mungkin program sedemikian di PPS, namun berdepan dengan kekangan kekurangan sukarelawan yang terlatih dalam tugasan tersebut. Justeru, penglibatan lebih banyak sukarelawan amat-amat dialukan untuk dilatih dengan kepakaran tersebut.
Gambar program di SMK Jelawat dan SK Jelawat pada 2 Disember 2024
No comments:
Post a Comment