Jeruk buah belimbing buluh memang sedap.
Ini kerana rasa masam telah dikurangkan, bahkan ada rasa masim manis yang pastinya
sedap.
Untuk menghasilkan atau membuat jeruk buah belimbing tidak sukar. Setengah kilogram belimbing buluh yang telah dibersihkan, masukan kedalam bekas plastik dan masukkan garam dua sudu besar, kemudian masukkan air suam 500 mililiter.
Biarkan seharian untuk membuang getah dan kurangkan rasa masam belimbing buluh itu. Selepas itu, buang air garam dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka dan tiga sudu besar garam.
Kacau rata rata dan tuangkan air suam 500 mililiter. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari sebelum dimakan. Lagi lama lagi elok.
Banyak orang tanam pokok belimbing buluh di kawasan rumah. Biasanya, apabila berbuah, buahnya banyak yang dibiarkan gugur kerana tidak habis dimakan. Ini kerana buahnya digunakan hanya untuk dimasukkan ke dalam gulai atau dimakan dengan cicih colek. Tidak banyak yang diguna.
Jangan bazirkan buah belimbing buluh. Jadikan ia jeruk yang pastinya banyak orang yang suka.
No comments:
Post a Comment