Pendirian dan sikap Ahli Sunnah
wal-Jamaah menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang
menguruskan urusan kaum muslimin. Haram mengkhianati
mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan
kekufuran.
Wajib bersolat di belakang mereka
dan di belakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah
disediakan oleh penguasa Islam.
Rasulullah
SAW bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang
tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan
muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan
(fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya?
Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun
dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan kepada kita
pemimpin perlu ditaati walau apa sekali. Demi untuk mencapai
cita-cita tertentu, ada pihak sanggup melakukan tindakan yang menyebabkan
mudarat, kesengsaraan dan kerugian kepada orang lain.
Keghairahan yang tidak mengenal
betul dan salah, dilaksanakan dengan sokongan mereka yang taksub dan wala
membabi buta. Mereka sebenarnya menjadi barua dan broker melakukan
kejahatan.
Rakyat yang bijak pasti dapat
membuat pilihan tepat untuk mengelak diri daripada terbabit sama dengan
tindakan yang mencetuskan huru hara dalam negara.
Pihak
luar yang ingin menjatuhkan negara bersedia memberi dana dan khidmat nasihat
serta sokongan moral kepada golongan tertentu di dalam negara kita.
No comments:
Post a Comment