Monday 18 November 2019

SEJARAH MASJID AL MUHAMMADI KOTA BHARU DIBINA TAHUN 1867

Masjid Al Muhammadi terletak di Jalan Masjid Kota Bharu, Kelantan. Masjid ini juga dikenali Masjid Negeri dan Masjid Batu.

Sejarah awal Masjid Al Muhammad bermula pada tahun 1867. Bahan bangunan diperbuat daripada kayu yang terpilih. Pada ketika itu Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad II (1830 sehingga 1886).

Bangunan batu yang kekal hingga sekarang dibina oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 1921.

Sebab itu ia dikenali  Masjid Batu kerana masjid itu antara bangunan terawal di Kota Bharu yang mengguna batu.

Kos pembinaan masjid berkenaan menelan belanja sebanyak RM360 ribu menggunakan sumber wang zakat.

Upacara perletakan batu asas disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad Keempat pada 21 Ogos 1922.

Masjid tersebut (bangunan baru) dibuka secara rasmi pada 31 Julai 1931 dan dinamakan Al-Muhammadi sempena nama Sultan Muhammad Keempat.

Ubah suai dan tambahan kepada bangunan masjid ini telah dijalankan beberapa kali umpamanya pada tahun 1959,1968,1976 dan 1987.

Pada masa ini luas keseluruhan bangunan masjid ini ialah 10,600 kaki persegi, boleh menampung 2,400 orang ahli jemaah pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment