Cendawan volvariella tumbuh di celah-celah jerami padi yang sedang mereput. Sebab itu ia juga dipanggil cendawan jerami. Nama lain cendawan volvariella ialah cendawan kelapa sawit disebabkan ia juga banyak tumbuh di tandan, pelepah dan daun kelapa sawit yang sedang mereput.
Cendawan ini sebenarnya tumbuh secara semula jadi. Namun, untuk penghasilan yang lebih banyak dan berkualiti, ia mula diusaha secara teratur atau ditanam.
Penanaman
cendawan volvariell di atas medium tandan kelapa sawit menjadi pilihan kerana
tandan kelapa sawit boleh diperoleh sepanjang tahun bagi mereka yang tinggal
berhampiran kawasan ladang sawit.
Penggunaan
tandan kelapa sawit juga dapat membantu memaksimakan penggunaan buangan
industri kelapa sawit yang sekaligus melestarikan alam sekitar.
Jika
dalam keadaan semula jadi, kulat jerami atau kulat kelapa sawit akan tubuh jika
ada benih jatuh di situ dan kebetulan keadaan jerami dalam keadaan mereput dan
lembab. Dengan
kata lain, tidak semua di timbunan jerami dan tandan kepada sawit ada tumbuh
cendawan volvariell.
Proses
menanam cendawan kelapa sawit bermula dengan mengumpul tandan-tandan kelapa
sawit untuk diperam selama kira-kira 10 hari.
Tandan-tanda
disiram dengan air dan akan ditutup dengan kanvas plastik. Siraman air juga
perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia sentiasa lembap.
Setelah
proses ini selesai, tandan sawit tersebut akan disusun menjadi batas sebagai
medium utama untuk penanaman cendawan. Tempat untuk membuat batas itu boleh
dibuat di mana-mana asalkan kawasan redup atau tidak terkena sinaran matahari
secara terus.
Jadi,
ia sesuai untuk dibuat di ladang kelapa sawit, ladang getah dan kebun
buah-buahan. Untuk menanam cendawan jerami tidak memerlukan rumah atau teduhan
khusus seperti menanam cendawan jenis lain.
Penanaman
cendawan kelapa sawit secara khusus tidak mengharapkan kehadiran benih secara
semula jadi. Benih cendawan kelapa sawit akan ditabur atau disemai khusus.
Cendawan
mula membesar dan ia berbentuk bulat serta bujur ke atas. Pada ketika ini,
cendawan boleh dipetik dan ia perlu dipasarkan dengan segera. Cendawan
volvariella tidak boleh disimpan melebihi dua hari dalam keadan suhu biasa.
Tanaman
cendawan jerami sangat senang untuk dijaga dan diuruskan selain tidak
memerlukan modal yang besar. Apa penting perlu dilakukan oleh penanam ialah perlu melakukan siraman setiap hari bagi memastikan medium sentiasa lembab bagi membolehkan cendawan tumbuh dengan sempurna.
Penanaman
cendawan itu dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mudah dikutip pada setiap hari. Apa yang lebih istimewa, cendawan
volvariella itu 100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja
mahupun racun serangga.
Cendawan
volvariella mengandungi banyak khasiat berbanding cendawan jenis lain. Cendawan
istimewa ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling
tinggi kandungan vitamin serta mineral.
Cendawan ini juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan.
Cendawan ini juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan.
No comments:
Post a Comment