Sunday 3 November 2019

KEKABU GENTIAN MEMBUAT BANTAL

Pokok kekabu cukup terkenal pada masa dahulu. Penduduk kampung biasanya akan menanam beberapa pokok kekabu di laman rumah atau di kebun. Pokok kekabu juga dikenali dengan nama kapuk. Manakala di Sabah dipanggil pokok tambaluang.

Pokok kekabu mudah tumbuh dan membesar ditanam menggunakan batang.   

Buahnya sejenis buah pepisang. Warna buahnya hijau ketika muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak. Buah akan merekah mengeluarkan kekabu.

Pokok kekabu ditanam untuk mendapatkan kekabu atau gentian yang digunakan untuk membuat bantal dan tilam. Gentian yang seakan-akan kapas itu akan disumbat di dalam sarung bantal atau tilam.

Namun, perubahan masa mengubah kepentingan pokok kekabu. Tilam dan bantal kini kebanyakannya dibuat menggunakan kapas dan polimer kerana bekalannya mudah diperoleh.

Bekalan kekabu sukar diperoleh secara banyak disebabkan tidak ada pihak menanamnya dalam skala ladang. Orang dahulu menanamnya hanya untuk kegunaan sendiri. Ada juga mencari kekabu di hutan.

Kebanyakan pokok kekabu di kawasan rumah kini ditebang kerana tidak lagi ingin mendapatkan kekabu. Tambahan pula, kekabu yang gugur berterebangan di kawasan rumah menyebabkan gangguan seperti masuk mata dan mulut.

No comments:

Post a Comment