Tuesday 11 February 2020

KHASIAT ASPARAGUS UNGU PURPLE PASSION

Asparagus adalah salah satu daripada sepuluh hidangan terkenal di dunia. Asparagus mendapat gelaran "raja sayuran" dalam pasaran antarabangsa.

Asparagus kaya dengan asid amino, protein dan vitamin, kandungannya lebih tinggi daripada buah-buahan dan kebanyakan sayur-sayuran, terutamanya asparagin dalam asparagus dan unsur surih selenium, molibdenum, kromium, mangan dan lain-lain. 

Memakan asparagus dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan memperbaiki imuniti badan.

Asparagus yang biasa ditanam atau dijual di pasaran adalah berwarna hijau. Namun sekarang ini terdapat asparagus berwarna ungu atau asparagus purple passion. Asparagus ungu masih kurang di pasaran.

Benih asparagus ungu boleh dibeli di kedai pertanian dan secara atas talian. Bagaimanapun, cara menanam menggunakan akar dikatakan lebih sesuai. 

Selepas dua minggu ditanam, pokok crown asparagus purple passion akan muncul. Ia lebih cepat dapat dituai berbanding masa empat bulan diperlukan jika menggunakan biji benih.

Asparagus ungu memiliki rasa yang lembut dan manis dan lebih manis daripada kebanyakan jenis asparagus lainnya. Warna ungu pasti menjadikan salad mentah menjadi lebih menarik. Pun begitu, uniknya warna ungu itu akan bertukar hijau jika dimasak.

No comments:

Post a Comment