Tuesday 4 February 2020

LADANG ARNAB KOMERSIAL TERENGGANU RABBIT VALLEY

Terengganu Rabbit Valley (TRV) dibangunkan dengan kerjasama PPK Setiu bagi membangunkan ladang arnab komersial di Terengganu.

TRV bertindakan sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan produk berasaskan arnab. TRV dibangunkan sebagai salah satu projek ekonomi di bawah Koperasi Peladang Kampung Saujana Setiu Berhad (KOPSAS)

KOPSAS turut menjalankan pelbagai kursus antaranya kursus teori dan praktikal penternakan arnab pedaging, kursus sembelihan, melapah dan produk hiliran serta kursus asas penternakan arnab pedaging.

Potensi dan daya maju penternakan arnab pedaging amat tinggi. Pasaran mereka sudah sedia ada, permintaan tidak cukup dengan harga tolak bagi daging arnab lepas buang tulang melebihi RM50-80/kg, bergantung kepada permintaan.

Tahniah kepada KOPSAS dan TRV. Semoga terus maju jaya dan memberi manfaat yang banyak kepada ahli peladang.

No comments:

Post a Comment